Best Friends 4ver...

Best Friends 4ver...

24 February, 2013

mandi hujan...

pengalaman yang tidak dapat dilupakan..
smlm g pasar mlm ngan kak Ct, Zira, Farah, Maria dan Ecah..
Alina? biasalah kuar ngan encik abg ksygn..
g pasar mlm naik mto..pinjam mtor budak laki kelas kitaorg la..hehhehe
kak Ct bw Zira, Maria bw Ecah, Farah bw saya..nmpk je kcik..mmpu bw saya naik mtor..hhuhuuuhuu..
dlu msa kwn2 dlu..ada je alasan nk bw saya..ylh saya kn bsar...xleh handle mto la pe la...ni farah kcik comel lotel..boleh je bwa saya..mgkin tu hnya alasan kot..entahlah..

Arini
Alina, Maria dan Ecah g kl..saja jln2..
saya, kak Ct, Zira dan Farah xg..maklumlah duit xda..
dan arini..saya pecah rekod..bangun kol 2ptg...maklumlah smlm tdo pun dkat kol 3pagi..

Ptg td..kami berempat pnjam mto lagi..hehhehe
g kfc..masa g ujan rintik2 aje..
masa balik..lebat selebat2nya..lencun kitaorg..huhuhuuuu..
balik je..trus mndi...mintak2 xdmm la...
kenangan manis bsama diorg xmungkin saya lupakan
tq walaupun hnya 1sem je kita bsama..eh silap..sem akan dtg kami akan praktikal tmpt yg sama..tp saya, Kak Ct, Alina, Farah dan Zira shja..Maria dan Ecah praktikal kat Ipoh..

lirik lagu 150 juta

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
"Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia"
"Apa kau buta apa kau pura-pura suka"

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

"Dia mungkin bengis seperti singa"
"Tapi dia nangis tonton cerita Korea"
"Dia mungkin keras bila bersuara"
"Tapi dia jelas jujur apa adanya"
"Aku lagi kenal dia"

Eh dah lebih seratuslima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku adamungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

"Sayang mungkin baran tak kira masa"
"Tapi sayang tahan kalau yang salah saya"
"Sayang mungkin saja keras kepala"
"Tapi sayang manja bila kita berdua"

"Saya kenal sayang saya"

Oh..
Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Perduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-gada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua

22 February, 2013

rezeki pemberian Allah

Alhamdunillah...alhamdunillah...alhamdunillah...
ini je mampu aku katakan smlm dan hari ni...
rezeki pemberian Allah kepada hambanya sentiasa ada walaupun pada hari rabu sedikit...
dan diri ini percaya...tiap yg blaku pasti ada sbb dan hikmah...
dan diri ini masih lagi percaya Allah dah tetapkan segalanya...
kesabaran dan tawakal itu yang penting...

Walaupun kawan baikku kini bertukar menjadi kwn biasa..
Allah tetap sediakan kawan2 lain..
dan ptg td..kaki comelku ini terkena tumpahan minyak..
entahlah pada waktu menggoreng cucur bawang..fikiran mlayang ke mana hala hingga tertumpahnya myk d kaki comelku ini..hehhehee
trima kasih kepada kak ct, alina, farah dan sepupuku..azira...
dan alhamdunillah, kakiku tidak mgalami kebengkakan walaupun pada mulanya berdenyut bagai nak tercabut kaki kiriku...hhuhuhuhuuuu...


17 February, 2013

Hasil kraf tangan saya


Hasil kraf tangan saya sepanjang saya cuti sempena Tahun Baru Cina baru-baru ni...


















17 Februari 2013

Semalam bersamaan dengan 16 Februari, saya bertolak dari Taiping ke Tanjung Malim... pada jam 4.06petang..

Setiba di KTMB Taiping..pada jam 3.30petang..terserempak dgn Ina..setiba di KTMB Tanjung Malim, tersempak dengan ex-kwn baik dlu kala...Rosmaniza a.k.a Anis Hairizan...

Sampai di rumah sewa..xda sapa2..sedih...tp nk wat cmne...

Arini...mak telefon mgatakan kete ayh rosak plak..ermm..nasib baik mak dn ayh xantar smlm...klu antar..rosak tgh highway...lg bmsalah..

Skrg nak siap tuk bniaga...mudah2an ada la rezeki hari ini...aminn...moga segala urusan dipermudahkan...

Oh ya...ni adalah bberapa hasil kerja tangan saya sepanjang cuti seminggu sempena Tahun Baru Cina..












08 February, 2013

pulang ke kampung...

semalam...bersamaan 7 Februari 2013...saya pulang ke kampung dengan dijemput oleh mak dan abah saya..hehhehe..ini disebabkan oleh tiket ketapi yg sudah abis..yg ada cuma pd ari ahad, 10 februari...mak dan abah saya risaukan keselamatan saya yg akan tinggal seorang diri di umh sewa..berkata akan menjemput saya pd 7 februari..iaitu smlm...

Alina...org ptama mningglkn kitorg....balik pd 6 Februari ptg...untonglh ibunda tsyg, Umi mjmput....bestkn...alina...org plg awl balik dan org plg lmbt kembali ke umh sewa...(jgn mara)

Fatin Azira...a.k.a sepupu saya telah pulang ke kmpung halamn pada 6 Februari 2013..malam dgn menaiki ketapi...hehehee..pada hari pmbelian tiket..nasib azira kerana tiket btol2 tngl satu shaja...hehhehee

Ecah...buah hati pengarang jantung dari johor jmput ecah dan pulang bsama2 ke sungai petani...bkn bdua je...ada rakan lain...pada 6 Februari menganjak ke 7 Februari....di tgh mlm yg sunyi...

Farah...kembali ke Muar, Johor pada 7 Februari 2013 ptg...naik bas ajew...hehehheee

Kak Ct Hadijah... akan pulang ke Langkawi pd mlm ni bersama adik dan adik ipar...

Maria a.k.a iris mariana...xkan pulang ke Perlis tetapi bercuti di Melaka dan N9...bersama keluarga yg akan tiba menjemput pd mlm ni...bestnya dpt bcuti..hehehhe..

Dan buat Naimah...i miss u...moga anda ceria sokmo...hehheheee...

P/S: Walau dimana anda smua berada..moga korang sihat, selamat dan plg penting..jgn lupa kembali ke umh sewa kita yerk...hehheheee....


02 February, 2013

Bersendirian...

Semalam bersamaan 1 Februari 2013... Kak Ct, Ecah, Maria, Zira, Farah dan Alina pergi ke Hotel Quality, Shah Alam... ada program keusahawanan...

Saya?? klu ikotkan saya terlibat dengan program bersama KPM ke Kulai, Muar atau Batu Pahat pd hari ini (2 Februari)...tetapi pihak universiti memilih pelajar yang duduk di KHAR...maknanya saya xdpt la sbb saya dh jd plajar yg duk kat UKLK.

Pada mulanya diana terlibat dgn program KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia)...tp disebabkan oleh faktor kesihatan yg kurang baik..maka diana mdpt MC dr klinik kesihatan UPSI... dan secara tidak langsung...diana tidak pergi ke program tersebut...

Dan pg td...dlm jam 11pagi...saya bersama diana pergi ke library..mencari bahan untuk tesis kami...mencari buku dan bahan untuk rujukan...akhirnya kami bjaya jumpa dan esk kami akan pergi semula ke library untuk melihat cth tesis senior2 kami...hehheheee

Penat..mmg la tp apa yg penting kami sudah berjaya satu langkah ke hadapan...dan mungkin esk akan muncul beberapa langkah lg...hehhehee...

Oh ya...dlm blog saya blom ada lg gmbr insan bernama diana...jab saya knlkan ni la kwn baik saya buat msa skunk di UPSI...hhehhehee...nama penuh NUR DIYANA BT IMBERAN SHAH....


comey x kwn saya ni....hehheheee...

01 February, 2013

Epal hijau...

Mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan..

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan serat yang mudah larut.

Selain itu, terdapat khasiat yang lain. Antaranya:

  1. Antioksidaan  - zat fitokimia di dalam epal berfungsi sebagai antioksidaan untuk melawan kolestrol yang berpotensi menyumbat pembuluh darah.
  2. Mencegah tulang rapuh dan penyakit - di mana epal hijau mampu mempertahankan estrogen ketika monopaus.
  3. Masalah pecernaan - serat dalam epal hijau dapat membantu mengurangkan masalah pecernaan dan dapat mengurangkan berat badan.
  4. Baik untuk gigi - Sebiji epal mempunyai 1/3 keperluan vitamin C yang baik untuk gigi. Selain itu, mengunyah epal mampu membersihkan dan menyihatkan gigi kerana ia merangsang air liur (amylase) walaupun ia mengandungi gula buah asli serta dapat mengelakkan kerosakan gigi.
  5. Menurunkan kadar kolestrol - Epal mengandungi pectin iaitu sejenis serat larut yang mampu mengurangkan kadar kolestrol di dalam darah.
  6. Mengimbangkan zat - Kanak-kanak yang memakan makanan ringan dan kemudiannya memakan epal hijau dikatakan mampu mengimbangi kandungan zat dalam tubuh badan kanak-kanak.
  7. Melambatkan penuaan - Epal hijau mengandungi kandungan agen antioksidaan yang boleh menentang radikal bebas serta membantu melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut. Purata air dalam sebiji epal lebih kurang 115.82 gram mampu melembapkan kulit yang kering.




* Antioksidaan = bahan yang diperlukan oleh tubuh badan untuk meneutralkan radikal bebas terhadap sel normal, protein dan lemak. Beberapa jenis antioksidaan adalah seperti mineral, vitamin dan fitokimia.

*Anda digalakkan memakan epal bersama kulitnya. Ini kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulit buah.

sumber :
Majalah Kesihatan Rapi (1 Disember 2012) ms92