Best Friends 4ver...

Best Friends 4ver...

01 February, 2013

Epal hijau...

Mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan..

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan serat yang mudah larut.

Selain itu, terdapat khasiat yang lain. Antaranya:

  1. Antioksidaan  - zat fitokimia di dalam epal berfungsi sebagai antioksidaan untuk melawan kolestrol yang berpotensi menyumbat pembuluh darah.
  2. Mencegah tulang rapuh dan penyakit - di mana epal hijau mampu mempertahankan estrogen ketika monopaus.
  3. Masalah pecernaan - serat dalam epal hijau dapat membantu mengurangkan masalah pecernaan dan dapat mengurangkan berat badan.
  4. Baik untuk gigi - Sebiji epal mempunyai 1/3 keperluan vitamin C yang baik untuk gigi. Selain itu, mengunyah epal mampu membersihkan dan menyihatkan gigi kerana ia merangsang air liur (amylase) walaupun ia mengandungi gula buah asli serta dapat mengelakkan kerosakan gigi.
  5. Menurunkan kadar kolestrol - Epal mengandungi pectin iaitu sejenis serat larut yang mampu mengurangkan kadar kolestrol di dalam darah.
  6. Mengimbangkan zat - Kanak-kanak yang memakan makanan ringan dan kemudiannya memakan epal hijau dikatakan mampu mengimbangi kandungan zat dalam tubuh badan kanak-kanak.
  7. Melambatkan penuaan - Epal hijau mengandungi kandungan agen antioksidaan yang boleh menentang radikal bebas serta membantu melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut. Purata air dalam sebiji epal lebih kurang 115.82 gram mampu melembapkan kulit yang kering.




* Antioksidaan = bahan yang diperlukan oleh tubuh badan untuk meneutralkan radikal bebas terhadap sel normal, protein dan lemak. Beberapa jenis antioksidaan adalah seperti mineral, vitamin dan fitokimia.

*Anda digalakkan memakan epal bersama kulitnya. Ini kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulit buah.

sumber :
Majalah Kesihatan Rapi (1 Disember 2012) ms92

No comments:

Post a Comment